Monday, December 15, 2008

islam maju dari barat 800 tahun

Selamat membaca..........

Ensiklopedia: Islam dahului Barat 800 tahun

Oleh Ibrahim Abdullah

INTELEKTUAL terkemuka Perancis, Roger Garaudy berpendapat, andainya Barat memilih dan menerima Islam sebagai sistem atau pandangan hidup, maka Barat tidak akan melakukan penjajahan di dunia Islam.

Selain itu, Barat juga tidak akan melakukan peperangan dan merampas hak kehidupan bangsa lain, terutama umat Islam. Inilah nasib tragedi yang dialami Barat hingga kini, mereka ingin terus menjajah umat Muslim dengan berbagai cara dan polanya.

Setiap tahun mereka menindas orang Islam yang dianggap sebagai ancaman kepada kepentingan Barat. Mengenai hal ini, kita dapat lihat bagaimana mereka (Amerika, Inggeris, Perancis, Itali, Belanda, Jerman dan negara sekutu lainnya) bersatu menakluki wilayah Islam di Asia Barat, Afrika dan Asia.

Menurut Garaudy, Barat bersikap rakus dan serakah terhadap masyarakat Islam kerana mereka memilih kebangkitan semula yang bertitik tolak di Itali bukan di Sepanyol. Pada hal, Islam lebih dulu lahir di Barat iaitu di Sepanyol.

Mereka melupakan kebangkitan Islam di Sepanyol, iaitu ketika pemerintahan Islam di bawah Bani Ummaiyah yang berkuasa selama empat abad sebelum kebangkitan Barat di Itali. (Roger Garaudy, Promesess de I'Islam, 1981)

Ketika Islam menakluk Gibraltar (Jabal Tariq), Sepanyol, pasukan Islam di bawah komando Ziyad Ibnu Tariq, ramai masyarakat Barat yang memilih menjadi Muslim, manakala mereka yang tetap pada agama Kristian, dilindungi. Tidak ada gereja yang diruntuhkan dan rumah mewah mereka tetap dibangunkan.

Selepas Islam diterima pakai di kawasan itu, lahirlah ulama, filsuf, hukama, kadi serta ilmuwan Islam termasyhur dan terpenting yang menyumbangkan ilmu mereka kepada dunia Barat seperti Ibnu Rusydi, pakar perbandingan fiqh dan filsafat, al-Qurtubi dan lainnya.

Pemilihan seorang siswa yang berjaya menyelesaikan pendidikan dan lulus ujian sudah menjadi tradisi sejak didirikan universiti tertua di Al-Azhar, Mesir. Tradisi itu mengajarkan bahawa seorang siswa sudah layak dan berhak untuk menjadi mualim (pengajar).

Buku di perpustakaan besar pula mewujudkan pelbagai karya rujukan bibliografi. Karya ensiklopedia pertama adalah hasil karya Ikhwan al-Shafa tahun 983 Masihi, tetapi Marshal Cavendish 800 tahun kemudian, dianggap Barat sebagai orang yang menyusun ensiklopedia dalam bahasa Inggeris.

Ilmu pengetahuan yang maju, peradaban tinggi dan perpustakaan besar dengan beribu buku menarik begitu ramai ilmuwan dari seluruh dunia terutama ilmuwan Barat belajar di pusat pengajian Islam itu. Selepas kembali ke negara asal, mereka menyebarkan Islam dan muncul kebangkitan bangsa Barat.

Metod ilmiah adalah sumbangan peradaban Islam pada pengembangan ilmu pengetahuan di dunia Barat. Dalam laporan makmal, ada nama seperti al-Battani (929 Masihi), al-Biruni (1048 Masihi), dan Ibnu Haitham (1039 Masihi), ditemui. Tetapi Roger Bacon dianggap sebagai orang yang menghasilkan ilmu pengetahuan mengenai ujian makmal.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi (850 Masihi) menemukan ilmu algebra dari judul bukunya al-Jabr wa al-Muqabbala, 300 tahun kemudian dunia Barat mengenali angka sifar dan menggantikan dengan angka Arab serta meninggalkan sistem angka Romawi yang susah dimengerti. Namun begitu, orang Barat melupakan jasa dan bakti al-Khawarizmi sebagai pengasas ilmu algebra.

Dalam bidang kesusasteraan, misalnya novel Alf Laila wa Lailah (kisah seribu satu malam), sebenarnya bukan karya sastera meskipun diakui sebagai karya seni dengan isinya cukup bernilai bersama tokohnya Abu Nawas (810 Masihi), yang terkenal dengan sifat lucunya yang mengandungi nilai filsafat.

Begitu juga Ibnu Tufail (1185 Masihi), adalah seorang pengarang novel filsafat yang paling tersohor hingga kini. Karyanya Ibnu Yaqzan (Kehidupan Ibnu Yaqzan) banyak ditiru dan diceritakan oleh Robinson Crusoe dan Dafoe. Tentu saja Dafoe lebih terkenal di dunia sastera Barat daripada Ibnu Tufail.Contoh orbit planet, Copernicus yang kemudian dirumuskan dengan baik oleh Kepler dalam hukum Kepler 1, 2, dan 3 sebenarnya sudah dihasilkan di Maraga Sepanyol oleh ilmuwan Islam al-Tusi (1274 Masihi), yang kemudian diteruskan oleh Ibnu al-Syatir (1375 Masihi) di Damsyik.

Ibnu al-Haitham (1039 Masihi), mempelopori kajian mengenai optikal (cermin mata), eksperimennya menggunakan lebih daripada 27 jenis lensa. Roger Bacon, Leonardo da Vinci dan Kepler, juga Newton mengambil inspirasi dan menceduk daripada buku Kitab al-Manzir (Kamus Optik). Sesungguhnya hal ini sudah dirumuskan dengan baik dan dipelopori oleh Ibnu al-Haitham melalui eksperimennya.

Dalam bidang ilmu kedoktoran, dunia mesti berterima kasih pada Ibnu Sina, bangsa Barat menyebutnya Ave Sena yang menulis Kitab Qanun fi al-Tibb, menerangkan pelbagai jenis penyakit dan cara mengubatinya secara komprehensif. Buku itu menjadi acuan selama beberapa abad kemudian dan diajarkan kepada seluruh calon doktor Barat pada waktu itu.

Hingga akhir abad ke-19 ilmu kedoktoran mencapai tingkatan tertinggi yang disumbangkan oleh doktor Muslim dan diguna pakai oleh calon doktor Perancis. Calon doktor di Perancis mesti mendapatkan surat keizinan praktikal dari Ketua Doktor Muslim di Tunisia.

Tetapi, pemerintah kolonial Perancis melarang keras tindakan itu. Eropah berusaha menghapuskannya dengan alasan menganggapnya rendah kerana doktor mereka mesti praktikal di Tunisia di bawah pemerintahan Islam.

Kebaikan khazanah ilmuwan Islam itu dicuri, diceduk dan diakui sebagai hasil karya Barat. Hasil karya ilmuwan Islam itu sedikit demi sedikit dihapuskan penguasa dan pemerintah Barat. Mereka tidak menghargai perjuangan dan pengorbanan umat Islam.

Garauday berkata, selama 13 abad, Barat menolak warisan peninggalan Islam dan berusaha mempertemukan dengan kebudayaan lainnya di seluruh dunia.

Beliau seterusnya menegaskan, jika Barat bersikap baik dan merendah diri, mereka akan menjadi bangsa yang bermartabat. Selain itu, warisan Islam akan membantunya untuk merasakan dimensi kemanusiaan dan ketuhanan yang dipisahkan sekian lama oleh kebudayaan Barat.

Bila Barat mahu menerima Islam, maka Barat tidaklah bersikap seperti sekarang dengan sifat sekularisme, liberal dan ego, serta melupakan warisan khazanah peninggalan peradaban Islam yang sangat tinggi nilai dan tamadunnya pada sepanjang zaman.

INFOAntara tokoh dan sumbangan ilmuwan Islam

# Karya ensiklopedia pertama adalah hasil karya Ikhwan al-Shafa tahun 983 Masihi.

# Metod ilmiah adalah sumbangan peradaban Islam pada pengembangan ilmu pengetahuan di dunia Barat. Dalam laporan makmal, ada nama seperti al-Battani (929 Masihi), al-Biruni (1048 Masihi), dan Ibnu Haitham (1039 Masihi).

# Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi (850 Masihi) menemukan ilmu algebra dari judul bukunya al-Jabr wa al-Muqabbala.

# Dalam bidang kesusasteraan, misalnya novel Alf Laila wa Lailah (kisah seribu satu malam), sebenarnya bukan karya sastera meskipun diakui sebagai karya seni dengan isinya cukup bernilai bersama tokohnya Abu Nawas (810 Masihi).

# Begitu juga Ibnu Tufail (1185 Masihi), adalah seorang pengarang novel filsafat yang paling tersohor hingga kini.

# Contoh orbit planet, Copernicus yang kemudian dirumuskan dengan baik oleh Kepler dalam hukum Kepler 1, 2, dan 3 sebenarnya sudah dihasilkan di Maraga Sepanyol oleh ilmuwan Islam al-Tusi (1274 Masihi), yang kemudian diteruskan oleh Ibnu al-Syatir (1375 Masihi) di Damsyik.

# Ibnu al-Haitham (1039 Masihi), mempelopori kajian mengenai optikal (cermin mata), eksperimennya menggunakan lebih daripada 27 jenis lensa.

# Dalam bidang ilmu kedoktoran, dunia mesti berterima kasih pada Ibnu Sina, bangsa Barat menyebutnya Ave Sena yang menulis Kitab Qanun fi al-Tibb, menerangkan pelbagai jenis penyakit dan cara mengubatinya secara komprehensif.

1 comment:

Qurrata 'Ayun said...

dalam sejarah perubatan yg sy blaja kan,
ketika Middle Ages/Dark Ages, Barat mengalami kemunduran yg teruk (sbb tu dinamakn Dark Ages). Medicine world pun mundur, hnya sedikit improvement (sikit sgt2).

Dan apabila Islam (zaman slps Rasulullah saw), byk improvement pd medicine world. Vicenna (ibn sina) & Rhazes (al-razi) aldh antara tokoh2 nye. Ilmu perubatan yg mrka terima adlh dri Qur'an sbb ia mencerminkan lifestyle atau cara hidup yg kite prlu ikut.

Tapi, silapnya dlm buku2 yg sy blja, dye kata Islam adlh agama baru yg dibwa Muhammad pbuh. Padahal, Islam itu wujud sjk nabi Adam lg.