Saturday, December 22, 2012

kisah abu hurairah (bapa kucing)


Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau
dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum
memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang
masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau
berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a.
adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing.

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang
sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak
kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang
dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada
anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam
bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku
mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul
Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).
Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi
Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya
disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga,
gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang
pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak
dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU. Dia adalah sahabat
yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai
tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa,
maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu
juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.
Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau
telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang
sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.

Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati.
Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia
menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga
tanah.” Hadith riwayat Bukhari.
Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih
lagi menyeksakan mereka dengan api. “Sesungguhnya tidak ada yang
berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith
Riwayat Abu Dawud, hadits shahih.

Wednesday, December 19, 2012

salam kepada semua

salam alhamdulilah ,dengan rahmat allah ,insyaallah ana akan aktif kan semula blog ni ,setelah sekian lama menyepi diri ,,insyaallah...