Tuesday, September 22, 2009

assalammualaikum ,salam ukhwah dan selamat hari raya
kepada semua pelawat blog ana ,
terima kasih kerana melawat blog ana.
sudah lama ana tidak update blog ini ,kerana masa yang tidak mengizinkan.
sempanjang bulan ramadhan ana berniaga di bazar kuantan,itu yang menyempitkan masa ana.
insyaallah ana akan update blog ini dari masa kesemasa wassalam...
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Monday, June 8, 2009

memohon kemaafan

assalammualaikum,kepada semua pengunjuk blog ,ana memohon seribu kemaafan ,kerana tidak berkesempatan untuk menupdate blog ni,kerana ruang masa yang terhad dan tidak mengizinkan .ana di pondok ,sedikit payah untuk ke cyber cafe (CC),kerana cc (cyber cafe)terletak agak jauh dari pondok ,insyaallah ana akan update dalam masa terdekat ,terima kasih kepada pengunjung yang masih sudi melawat blog ana ,mungkin masa yang akan datang ana akan menceritakan menglaman ana sewaktu di mekah insyaallah .terima kasih sekali lgi .salam perjuangan kepada semau sahabat. wassalam.................

Friday, April 10, 2009

gambar di mekah & madinah


gambar ni ana ambil lepas subuh...gambar ana tak ada dalam ni
sebab gambar ni ana yang ambik

ni gambar di ambil di kawasan perkuburan al-bagi'.
ana akan update blog ni selepas ana pulang nanti..sekarang ana masih di mekah ,insyaallah
ana akan pulang ke tanah air pada hari sabtu ni.
wasalam......

Monday, March 30, 2009

ahli baru dalam keluargaku

Nama rasmi adik ana ni masih belum dikluarkan oleh ,abah ana lah,tapi adk-adik ana dah panggil ,adk tasya...
Pada 30.03.2009 ,pada pukul 1.30pm lahirnya seorang ahli baru dalam keluarga kami.
tarikh lahir nya sama dengan ana (penulis nilah).
Ni gambar waktu abah ana memangku adik ana ,ni waktu gambar di ambil ,adk ana ni baru berumur 52 minit......

Sunday, March 22, 2009

indahnya ukhwah kita


Sabda rasulullah S.A.W :"antara seorang mukmin dengan mukmin yang lain sama seperti bagunan,menguatkan antara satu bahagian dengan yang lain"


(HR Mutafaq Alaih)


Melalui hadis diatas,jelaslah ikatan ukhwah bergitu pentin di kalangan umat manusia. Dengan ukhwah kita dapat membina satu kelompok masyarakat yang kukuh dan salin bantu menbantu.


Jika disoroti kehidupan sekarang,manusia lebih mementingkan kehidupan peribadi daripada menjalinkan ukhwah sesama mereka .Alasan yang sering kita berikan adalah kerana apabila menjalinkan ukhwah, kita akan terikat untuk menjga keutuhannya, tidak kurang juga ada yang menganggap ukhwah bermasud menjaga tepi kain orang lain. Kita perlu beristifar jika itu yang ada di minda kita sekarang.


Jika kita memahami ajaran islam yang sebenar,apabila kita menjalinkan ukhwah yang baik dalam masyarakat,Allah s.w.t akan mengandakan rezeki yang kita ada dan umur kita dipanjangkan di atas kebaikkan yang kita lakukan .


Sabda Rasulullah s.a.w :"sebarkan salam antara kamu tentu kamu berkasihan"(HR Hakim)


Tidak sempurna iman seseorang daripada setiap manusia di atas muka bumi ini sehinggalah kita mengasihi saudara kita melalui tali ukhwah.


Allah s.w.t berfirman :"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"(AL-Hujurat:10).


Tanggungjawab kita sesama muslim ada lima perkara dan jika kita menigalkan salah sati bererti kita meninggal kan satu kewajipan.Kita Perlu menhadirkan diri jika kita mendapat undangan dari jiran ,jika tidak kita telah miniggalkan kewajipan itu.

kita juga diharuskan menziarahi tertangga yang sedang sakit, semoga dengan kehadiran itu dapat meringankan sakit yang ditanggungnya.Itu juga merupakankan kewajipanan bagi kita yang bergelar muslim.

Apatah lagi jika seseorang itu meniggal dunia,harus dihantarkan jenzahnya,kerana dengan kehadiran kita ,kesedihan kerluarga si mati akan berkurangapabila kita menziarahi mereka ,Disitulah letaknya nilai ukhwah yang terjalin.

Bukan itu sahaja ,apabila bertemu tidak kira di mana jua,kita harus menjawab salam yang diberikan .Dengan menjawab salam tersebut,kita juga mendoakan kesejahteraan penberisalam tersebut.

Kenapa tidak kita jalinkan ukhwah ataukenapa tidak kita utuhkan ukhwah yang sedia terjalin jika fadilatnya terlalu banyak?

Dan kewajipan yang kelima pula ialah apabila bersin harus didoakan.Apabila kita mendengar seorang muslim itu bersin,hendaklah kita mendoakan orang itu.

Nyata,ukhwah yang terjalin harus dijaga. Untuk menjaganya agar sentiasa utuh,kita perlu menhormati apa jua hak muslim yang lain dan jika kita tahu sesuatu keburukannya ,kita perlu menyipannya .

Jika itu dapat kita lakukan ,nescaya di akhirat kelak, Allah akan menutup dosa kita .Subhanallah, bergitu kasih Allah kepada hambanya yang menjalikan ukhwah sesama muslim.

Ingatlah,bahawa Allah S.W.T menyukai orang yang suka kepada permusuhan kerana permusuhan boleh menyebabkan kelompok masyarakat hancur.

Namun perlu kita ingat , kadang-kadang ukhwah yang tejalin diatas redho Ilahi akan diuji dengan perpisahan yang amat perit.tapi jagan takut untuk menjalinkan ukhwah sesama kita kerana ukhwah kerana ukhwah akan menjadi bergitu indah jika kita bersyukur dengan setiap pertumuan dan redha jika pepisahan terjadi AMIN...

Sunday, February 22, 2009

Hakikat dan pengertian adil


  1. Wasiat imam Ghazali :
    Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menhukum dengan penuh keadilan dan apa-apa bila berkata dengan penuh kebenaran.
    Tidak menyakiti hati orang dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.


    Terdapat beberapa prngertian yang dibuat oleh ulama tentang adil :

  2. Adil bererti meletakan sesuatu pada tempat nya.
  3. Adil bererti menerima hak tampa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
  4. Adil bererti menberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menhukum orang yang jahat atau melanggar hukum setaraf kesalahannya.
Daripada ketiga-tiga pengertian yang disebutkan diatas,boleh dirumuskan bahawa keadilan itu:

  • Menjamin hak individu(diri sendiri dan orang lain).
  • Menghapuskan kezaliman .
  • Melaksanakan hukum dengan saksama.
  • Memastikan orang berkuasa tidk menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.
Adapun sifat-sifat orang (hakim) yang berlaku adil adalah sebagai berikut:

  1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
  2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu aqliah.
  3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
  4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
  5. Berperibadi mulia iaitu:
  • Tidak mementingkan diri sendiri.
  • Berperi kemanusiaan dan belas ihsan.
  • Bijak dan tegas.
  • Berani menhadapi risiko.
Sabada Rasulullah SAW yang bermaksud :
(hakim)itu ada tiga jenis.Dua daripadanya masuk ke neraka dan satu daripadanya masuk kesyurga .
lelaki(hakim)yang tahu perkara yang benar,lalu ia menhukum berlandaskan kebenaran tersebut,maka ia masuk syurga.
manakala lelaki(hakim)yang tidak tahu pekara yang benar,lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya ,maka ia masuk neraka .
(HR.Ahmad)
Dengan itu,pemimpin yang adil mendapat tempat istimewa disisi Allah iaitu dijanjikan syurga.

Sebaliknya,pemimpin yang zalim mendapat kemurkaan allah dan diancam dengan neraka jahanam.


Wednesday, January 21, 2009

orang yang berpegang dengan agamanya seperti memegang bara api


Daripada anas r.a berkata :Rasulullah s.a.w bersabda ;"Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana memggenggan bara api"

H.R.Tirmizi

Yang dimaksudkan disini ialah zaman yang sangat mencabar sehigga siapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menhadapi kesusahan dan tengtangan yang sangat hebat.kalau ia tidak bersungguh-sungguh ,nescaya agamanya terlepas dari gemgamannya.Ini adalah disebabkan suasana di sekeliling tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya bahkan mereka diancam dengan pelbagai ancaman ,dimana orang alim yang menyuarakan kebenaran ditangkap kedalam penjara yang dilaksakan oleh perminpin-perminpin yang bertopengkan firaun dan taghut,bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk menbuat kemaksiatan dan pekara-pekara yang dapat meruntuhkan akidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqkan.Ini juga bermaksud,orang islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di sampintidak mendapat kemudahan .

Saturday, January 3, 2009

Mujahid Pemburu Syahid !!


Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan
Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan
yang penuh raksasa
Wahai tuhan
yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan
yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan
yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan
yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

AMIN YA ALLAH...


Salam Ma'al Hijrah