Monday, December 15, 2008

islam maju dari barat 800 tahun

Selamat membaca..........

Ensiklopedia: Islam dahului Barat 800 tahun

Oleh Ibrahim Abdullah

INTELEKTUAL terkemuka Perancis, Roger Garaudy berpendapat, andainya Barat memilih dan menerima Islam sebagai sistem atau pandangan hidup, maka Barat tidak akan melakukan penjajahan di dunia Islam.

Selain itu, Barat juga tidak akan melakukan peperangan dan merampas hak kehidupan bangsa lain, terutama umat Islam. Inilah nasib tragedi yang dialami Barat hingga kini, mereka ingin terus menjajah umat Muslim dengan berbagai cara dan polanya.

Setiap tahun mereka menindas orang Islam yang dianggap sebagai ancaman kepada kepentingan Barat. Mengenai hal ini, kita dapat lihat bagaimana mereka (Amerika, Inggeris, Perancis, Itali, Belanda, Jerman dan negara sekutu lainnya) bersatu menakluki wilayah Islam di Asia Barat, Afrika dan Asia.

Menurut Garaudy, Barat bersikap rakus dan serakah terhadap masyarakat Islam kerana mereka memilih kebangkitan semula yang bertitik tolak di Itali bukan di Sepanyol. Pada hal, Islam lebih dulu lahir di Barat iaitu di Sepanyol.

Mereka melupakan kebangkitan Islam di Sepanyol, iaitu ketika pemerintahan Islam di bawah Bani Ummaiyah yang berkuasa selama empat abad sebelum kebangkitan Barat di Itali. (Roger Garaudy, Promesess de I'Islam, 1981)

Ketika Islam menakluk Gibraltar (Jabal Tariq), Sepanyol, pasukan Islam di bawah komando Ziyad Ibnu Tariq, ramai masyarakat Barat yang memilih menjadi Muslim, manakala mereka yang tetap pada agama Kristian, dilindungi. Tidak ada gereja yang diruntuhkan dan rumah mewah mereka tetap dibangunkan.

Selepas Islam diterima pakai di kawasan itu, lahirlah ulama, filsuf, hukama, kadi serta ilmuwan Islam termasyhur dan terpenting yang menyumbangkan ilmu mereka kepada dunia Barat seperti Ibnu Rusydi, pakar perbandingan fiqh dan filsafat, al-Qurtubi dan lainnya.

Pemilihan seorang siswa yang berjaya menyelesaikan pendidikan dan lulus ujian sudah menjadi tradisi sejak didirikan universiti tertua di Al-Azhar, Mesir. Tradisi itu mengajarkan bahawa seorang siswa sudah layak dan berhak untuk menjadi mualim (pengajar).

Buku di perpustakaan besar pula mewujudkan pelbagai karya rujukan bibliografi. Karya ensiklopedia pertama adalah hasil karya Ikhwan al-Shafa tahun 983 Masihi, tetapi Marshal Cavendish 800 tahun kemudian, dianggap Barat sebagai orang yang menyusun ensiklopedia dalam bahasa Inggeris.

Ilmu pengetahuan yang maju, peradaban tinggi dan perpustakaan besar dengan beribu buku menarik begitu ramai ilmuwan dari seluruh dunia terutama ilmuwan Barat belajar di pusat pengajian Islam itu. Selepas kembali ke negara asal, mereka menyebarkan Islam dan muncul kebangkitan bangsa Barat.

Metod ilmiah adalah sumbangan peradaban Islam pada pengembangan ilmu pengetahuan di dunia Barat. Dalam laporan makmal, ada nama seperti al-Battani (929 Masihi), al-Biruni (1048 Masihi), dan Ibnu Haitham (1039 Masihi), ditemui. Tetapi Roger Bacon dianggap sebagai orang yang menghasilkan ilmu pengetahuan mengenai ujian makmal.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi (850 Masihi) menemukan ilmu algebra dari judul bukunya al-Jabr wa al-Muqabbala, 300 tahun kemudian dunia Barat mengenali angka sifar dan menggantikan dengan angka Arab serta meninggalkan sistem angka Romawi yang susah dimengerti. Namun begitu, orang Barat melupakan jasa dan bakti al-Khawarizmi sebagai pengasas ilmu algebra.

Dalam bidang kesusasteraan, misalnya novel Alf Laila wa Lailah (kisah seribu satu malam), sebenarnya bukan karya sastera meskipun diakui sebagai karya seni dengan isinya cukup bernilai bersama tokohnya Abu Nawas (810 Masihi), yang terkenal dengan sifat lucunya yang mengandungi nilai filsafat.

Begitu juga Ibnu Tufail (1185 Masihi), adalah seorang pengarang novel filsafat yang paling tersohor hingga kini. Karyanya Ibnu Yaqzan (Kehidupan Ibnu Yaqzan) banyak ditiru dan diceritakan oleh Robinson Crusoe dan Dafoe. Tentu saja Dafoe lebih terkenal di dunia sastera Barat daripada Ibnu Tufail.Contoh orbit planet, Copernicus yang kemudian dirumuskan dengan baik oleh Kepler dalam hukum Kepler 1, 2, dan 3 sebenarnya sudah dihasilkan di Maraga Sepanyol oleh ilmuwan Islam al-Tusi (1274 Masihi), yang kemudian diteruskan oleh Ibnu al-Syatir (1375 Masihi) di Damsyik.

Ibnu al-Haitham (1039 Masihi), mempelopori kajian mengenai optikal (cermin mata), eksperimennya menggunakan lebih daripada 27 jenis lensa. Roger Bacon, Leonardo da Vinci dan Kepler, juga Newton mengambil inspirasi dan menceduk daripada buku Kitab al-Manzir (Kamus Optik). Sesungguhnya hal ini sudah dirumuskan dengan baik dan dipelopori oleh Ibnu al-Haitham melalui eksperimennya.

Dalam bidang ilmu kedoktoran, dunia mesti berterima kasih pada Ibnu Sina, bangsa Barat menyebutnya Ave Sena yang menulis Kitab Qanun fi al-Tibb, menerangkan pelbagai jenis penyakit dan cara mengubatinya secara komprehensif. Buku itu menjadi acuan selama beberapa abad kemudian dan diajarkan kepada seluruh calon doktor Barat pada waktu itu.

Hingga akhir abad ke-19 ilmu kedoktoran mencapai tingkatan tertinggi yang disumbangkan oleh doktor Muslim dan diguna pakai oleh calon doktor Perancis. Calon doktor di Perancis mesti mendapatkan surat keizinan praktikal dari Ketua Doktor Muslim di Tunisia.

Tetapi, pemerintah kolonial Perancis melarang keras tindakan itu. Eropah berusaha menghapuskannya dengan alasan menganggapnya rendah kerana doktor mereka mesti praktikal di Tunisia di bawah pemerintahan Islam.

Kebaikan khazanah ilmuwan Islam itu dicuri, diceduk dan diakui sebagai hasil karya Barat. Hasil karya ilmuwan Islam itu sedikit demi sedikit dihapuskan penguasa dan pemerintah Barat. Mereka tidak menghargai perjuangan dan pengorbanan umat Islam.

Garauday berkata, selama 13 abad, Barat menolak warisan peninggalan Islam dan berusaha mempertemukan dengan kebudayaan lainnya di seluruh dunia.

Beliau seterusnya menegaskan, jika Barat bersikap baik dan merendah diri, mereka akan menjadi bangsa yang bermartabat. Selain itu, warisan Islam akan membantunya untuk merasakan dimensi kemanusiaan dan ketuhanan yang dipisahkan sekian lama oleh kebudayaan Barat.

Bila Barat mahu menerima Islam, maka Barat tidaklah bersikap seperti sekarang dengan sifat sekularisme, liberal dan ego, serta melupakan warisan khazanah peninggalan peradaban Islam yang sangat tinggi nilai dan tamadunnya pada sepanjang zaman.

INFOAntara tokoh dan sumbangan ilmuwan Islam

# Karya ensiklopedia pertama adalah hasil karya Ikhwan al-Shafa tahun 983 Masihi.

# Metod ilmiah adalah sumbangan peradaban Islam pada pengembangan ilmu pengetahuan di dunia Barat. Dalam laporan makmal, ada nama seperti al-Battani (929 Masihi), al-Biruni (1048 Masihi), dan Ibnu Haitham (1039 Masihi).

# Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi (850 Masihi) menemukan ilmu algebra dari judul bukunya al-Jabr wa al-Muqabbala.

# Dalam bidang kesusasteraan, misalnya novel Alf Laila wa Lailah (kisah seribu satu malam), sebenarnya bukan karya sastera meskipun diakui sebagai karya seni dengan isinya cukup bernilai bersama tokohnya Abu Nawas (810 Masihi).

# Begitu juga Ibnu Tufail (1185 Masihi), adalah seorang pengarang novel filsafat yang paling tersohor hingga kini.

# Contoh orbit planet, Copernicus yang kemudian dirumuskan dengan baik oleh Kepler dalam hukum Kepler 1, 2, dan 3 sebenarnya sudah dihasilkan di Maraga Sepanyol oleh ilmuwan Islam al-Tusi (1274 Masihi), yang kemudian diteruskan oleh Ibnu al-Syatir (1375 Masihi) di Damsyik.

# Ibnu al-Haitham (1039 Masihi), mempelopori kajian mengenai optikal (cermin mata), eksperimennya menggunakan lebih daripada 27 jenis lensa.

# Dalam bidang ilmu kedoktoran, dunia mesti berterima kasih pada Ibnu Sina, bangsa Barat menyebutnya Ave Sena yang menulis Kitab Qanun fi al-Tibb, menerangkan pelbagai jenis penyakit dan cara mengubatinya secara komprehensif.

Friday, December 12, 2008

ilmu yang diwarisi oleh ulama dari para nabi







Para ulamak adalah mereka yang mewarisi pengajaran-pengajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.Pusaka peninggalan baginda SAW terdapat di dalam Al-kitab dan As-sunnah .Sabda Rasulullah SAW:

عن كشىر بن عبد الله عن ابىه عن جده رضى الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله علىه وسلم :تركت فىكم امرىن لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبىه

Ertinya :

"Dari kathir bin abdullah dari bapanya dari datuknya ra katanya :"Rasulullah SAW bersabda:"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi mana kamu berpegang teguh dengan keduanya ,kitab Allah dan sunnah Rasulnya



Dalam hadith ini Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara yang diwarisikan kepada kaum muslimin, iaitu Kitab allah dan Sunnah Rasulnya. Dua perkara inilah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW agar disampaikan kepada manusia, selain dari kedua ini, tidak boleh dijadikan landasan hukum agama.


Oleh kerana ulama adalah pewaris para nabi maka perkara yang diwariskan oleh mereka ialah Kitab allah dan sunnah rasul iaitu ajaran-ajaran yang terdapat di dalam keduanya.Jelasnya,para ulama adalah pewaris sah dari Rasulullah SAW berupa Al-quran dan sunnah rasul.


Walaupun para ulama hanya mewarisi Kitab Allah dan Rasulnya ,tidak mewarisi sebarang harta maupun wang dinar, namun keduanya adalah sumber kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.Jika segala isi langit dan bumi hendak ditukar ganti dengan Al-quran dan Al-hadith,ulama yang benar-benar bertaqwa akan memilih Al-quran dan Hadith ini lebih dari segala-galanya. Hidup dan mati mereka kerana mempertahankan ajaran-ajaran yang terdapat didalam Al-quran dan As-sunnah .Mereka tidak punyai harta tetapi mereka bangga mempunyai Al-quran dan As-sunnah sumber petunjuk kepada manusia .mereka kelihatan susah pada zahirnya,tetapi senang pada batin. Mereka redha dengan qada' dan qadar Allah ke atas hamba-hambanya.

Friday, November 21, 2008

Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Lelaki Soleh..

Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

1. Mencari nafkah (belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.

Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga:
Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

Monday, November 10, 2008

Jangan Sombong Dengan Kelebihan Sementara



Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ?

Siapa awak ?

dan apa ke jadahnya awak berada disini ?

Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki Awak tau tak ?

Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali.

Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
" Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat".
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.


Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .


Pengajaran :Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


p/s :Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…

Wednesday, October 29, 2008

Rahsia Disebalik Sembahyang Lima Waktu



Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,
'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi,
'Sila terangkan kepada kami
tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'


Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi,
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya,
'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:



1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw,
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7
perkara:

1.Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.

7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'
Sedikit peringatan untuk kita semua:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Wednesday, October 15, 2008

Tuesday, October 14, 2008

Sajak Permuda Islam

Aku mencari Islam yang dulu
Islam yang kuat gagah berilmuAku mencari Islam yang silam
Menguasai hampir seluruh alamAku mencari Islam yang dulu
Ummahnya kuat bersatu padu
Aku mencari Islam yang silam
Empayarnya dari Sepanyol ke Siam
Dulu ummah bersatu dibawah satu bendera
Satu namaSatu agama
Dibawah satu pemerintahan
Satu negaraBerjuang dibelakang satu ketua
Kini Islam berpecah belah
Ya Rabb al A’lamin
Satukanlah hati kami
Ya Rabb al A’lamin
Bangkitkanlah pemuda-pemuda kami
Ya Rabb al A’lamin
Menangkanlah Islam di setiap tempat dan zaman
Bersatulah wahai kaum muslimin
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Bangunlah wahai anak bangsa
Belalah ummah
Islam rindukan ummah yang dulu
Yang kuat gagah berilmu

Monday, October 13, 2008

Wahai Pemuda Islam

Pekikkan takbir Allahu akbar kibarkan panji kalimat Allah satu tertinggi Gemakan adzan gaungkan kesucian melangkah rambah hidup keseharianWahai pemuda Islam� jalanmu penuh rintanganlaut jiwa mu dalam tak berhinggaJadilah perkasa terpercaya dan mandirimawas diri rela berkorban utamaBagai prajurit badar penuh tawakalyakini tiada penolong selain-NyaMelaju bak air bah nan tak terhalangmenghantar luluh lantakkan kemusrikanTiadalah jumlah kejutkan semangat diriasahlah satria rindukan kesyahidanTebar pandang mendunia, tataplah saudaramu menanti di sanaDunia islam menantikan dirimu tuk berbuat sejauh langkah kau mampuWahai pemuda Islam� jalanmu penuh rintangan laut jiwa mu dalam tak berhinggaJadilah perkasa terpercaya dan mandiri mawas diri rela berkorban utamaMenyatulah dalam rasa suka duka, berdiri hati seiya nan sekataKemenangan Islam jua kemenanganmu, kekalahannya jadi kedukaanmuTertumpah darah air mata ke bumi, jadikan penyubur tekadmu di hatiTepis rasa tiada daya, wujudkan asa tuk saudaramu di sanaDunia Islam rindu akan baktimu menyatu hati terbina dan terpadu- Izzatul Islam