Sunday, February 22, 2009

Hakikat dan pengertian adil


  1. Wasiat imam Ghazali :
    Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menhukum dengan penuh keadilan dan apa-apa bila berkata dengan penuh kebenaran.
    Tidak menyakiti hati orang dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.


    Terdapat beberapa prngertian yang dibuat oleh ulama tentang adil :

  2. Adil bererti meletakan sesuatu pada tempat nya.
  3. Adil bererti menerima hak tampa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
  4. Adil bererti menberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menhukum orang yang jahat atau melanggar hukum setaraf kesalahannya.
Daripada ketiga-tiga pengertian yang disebutkan diatas,boleh dirumuskan bahawa keadilan itu:

  • Menjamin hak individu(diri sendiri dan orang lain).
  • Menghapuskan kezaliman .
  • Melaksanakan hukum dengan saksama.
  • Memastikan orang berkuasa tidk menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.
Adapun sifat-sifat orang (hakim) yang berlaku adil adalah sebagai berikut:

  1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
  2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu aqliah.
  3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
  4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
  5. Berperibadi mulia iaitu:
  • Tidak mementingkan diri sendiri.
  • Berperi kemanusiaan dan belas ihsan.
  • Bijak dan tegas.
  • Berani menhadapi risiko.
Sabada Rasulullah SAW yang bermaksud :
(hakim)itu ada tiga jenis.Dua daripadanya masuk ke neraka dan satu daripadanya masuk kesyurga .
lelaki(hakim)yang tahu perkara yang benar,lalu ia menhukum berlandaskan kebenaran tersebut,maka ia masuk syurga.
manakala lelaki(hakim)yang tidak tahu pekara yang benar,lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya ,maka ia masuk neraka .
(HR.Ahmad)
Dengan itu,pemimpin yang adil mendapat tempat istimewa disisi Allah iaitu dijanjikan syurga.

Sebaliknya,pemimpin yang zalim mendapat kemurkaan allah dan diancam dengan neraka jahanam.


Wednesday, January 21, 2009

orang yang berpegang dengan agamanya seperti memegang bara api


Daripada anas r.a berkata :Rasulullah s.a.w bersabda ;"Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana memggenggan bara api"

H.R.Tirmizi

Yang dimaksudkan disini ialah zaman yang sangat mencabar sehigga siapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menhadapi kesusahan dan tengtangan yang sangat hebat.kalau ia tidak bersungguh-sungguh ,nescaya agamanya terlepas dari gemgamannya.Ini adalah disebabkan suasana di sekeliling tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya bahkan mereka diancam dengan pelbagai ancaman ,dimana orang alim yang menyuarakan kebenaran ditangkap kedalam penjara yang dilaksakan oleh perminpin-perminpin yang bertopengkan firaun dan taghut,bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk menbuat kemaksiatan dan pekara-pekara yang dapat meruntuhkan akidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqkan.Ini juga bermaksud,orang islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di sampintidak mendapat kemudahan .

Saturday, January 3, 2009

Mujahid Pemburu Syahid !!


Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan
Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan
yang penuh raksasa
Wahai tuhan
yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan
yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan
yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan
yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

AMIN YA ALLAH...


Salam Ma'al Hijrah


Monday, December 15, 2008

islam maju dari barat 800 tahun

Selamat membaca..........

Ensiklopedia: Islam dahului Barat 800 tahun

Oleh Ibrahim Abdullah

INTELEKTUAL terkemuka Perancis, Roger Garaudy berpendapat, andainya Barat memilih dan menerima Islam sebagai sistem atau pandangan hidup, maka Barat tidak akan melakukan penjajahan di dunia Islam.

Selain itu, Barat juga tidak akan melakukan peperangan dan merampas hak kehidupan bangsa lain, terutama umat Islam. Inilah nasib tragedi yang dialami Barat hingga kini, mereka ingin terus menjajah umat Muslim dengan berbagai cara dan polanya.

Setiap tahun mereka menindas orang Islam yang dianggap sebagai ancaman kepada kepentingan Barat. Mengenai hal ini, kita dapat lihat bagaimana mereka (Amerika, Inggeris, Perancis, Itali, Belanda, Jerman dan negara sekutu lainnya) bersatu menakluki wilayah Islam di Asia Barat, Afrika dan Asia.

Menurut Garaudy, Barat bersikap rakus dan serakah terhadap masyarakat Islam kerana mereka memilih kebangkitan semula yang bertitik tolak di Itali bukan di Sepanyol. Pada hal, Islam lebih dulu lahir di Barat iaitu di Sepanyol.

Mereka melupakan kebangkitan Islam di Sepanyol, iaitu ketika pemerintahan Islam di bawah Bani Ummaiyah yang berkuasa selama empat abad sebelum kebangkitan Barat di Itali. (Roger Garaudy, Promesess de I'Islam, 1981)

Ketika Islam menakluk Gibraltar (Jabal Tariq), Sepanyol, pasukan Islam di bawah komando Ziyad Ibnu Tariq, ramai masyarakat Barat yang memilih menjadi Muslim, manakala mereka yang tetap pada agama Kristian, dilindungi. Tidak ada gereja yang diruntuhkan dan rumah mewah mereka tetap dibangunkan.

Selepas Islam diterima pakai di kawasan itu, lahirlah ulama, filsuf, hukama, kadi serta ilmuwan Islam termasyhur dan terpenting yang menyumbangkan ilmu mereka kepada dunia Barat seperti Ibnu Rusydi, pakar perbandingan fiqh dan filsafat, al-Qurtubi dan lainnya.

Pemilihan seorang siswa yang berjaya menyelesaikan pendidikan dan lulus ujian sudah menjadi tradisi sejak didirikan universiti tertua di Al-Azhar, Mesir. Tradisi itu mengajarkan bahawa seorang siswa sudah layak dan berhak untuk menjadi mualim (pengajar).

Buku di perpustakaan besar pula mewujudkan pelbagai karya rujukan bibliografi. Karya ensiklopedia pertama adalah hasil karya Ikhwan al-Shafa tahun 983 Masihi, tetapi Marshal Cavendish 800 tahun kemudian, dianggap Barat sebagai orang yang menyusun ensiklopedia dalam bahasa Inggeris.

Ilmu pengetahuan yang maju, peradaban tinggi dan perpustakaan besar dengan beribu buku menarik begitu ramai ilmuwan dari seluruh dunia terutama ilmuwan Barat belajar di pusat pengajian Islam itu. Selepas kembali ke negara asal, mereka menyebarkan Islam dan muncul kebangkitan bangsa Barat.

Metod ilmiah adalah sumbangan peradaban Islam pada pengembangan ilmu pengetahuan di dunia Barat. Dalam laporan makmal, ada nama seperti al-Battani (929 Masihi), al-Biruni (1048 Masihi), dan Ibnu Haitham (1039 Masihi), ditemui. Tetapi Roger Bacon dianggap sebagai orang yang menghasilkan ilmu pengetahuan mengenai ujian makmal.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi (850 Masihi) menemukan ilmu algebra dari judul bukunya al-Jabr wa al-Muqabbala, 300 tahun kemudian dunia Barat mengenali angka sifar dan menggantikan dengan angka Arab serta meninggalkan sistem angka Romawi yang susah dimengerti. Namun begitu, orang Barat melupakan jasa dan bakti al-Khawarizmi sebagai pengasas ilmu algebra.

Dalam bidang kesusasteraan, misalnya novel Alf Laila wa Lailah (kisah seribu satu malam), sebenarnya bukan karya sastera meskipun diakui sebagai karya seni dengan isinya cukup bernilai bersama tokohnya Abu Nawas (810 Masihi), yang terkenal dengan sifat lucunya yang mengandungi nilai filsafat.

Begitu juga Ibnu Tufail (1185 Masihi), adalah seorang pengarang novel filsafat yang paling tersohor hingga kini. Karyanya Ibnu Yaqzan (Kehidupan Ibnu Yaqzan) banyak ditiru dan diceritakan oleh Robinson Crusoe dan Dafoe. Tentu saja Dafoe lebih terkenal di dunia sastera Barat daripada Ibnu Tufail.Contoh orbit planet, Copernicus yang kemudian dirumuskan dengan baik oleh Kepler dalam hukum Kepler 1, 2, dan 3 sebenarnya sudah dihasilkan di Maraga Sepanyol oleh ilmuwan Islam al-Tusi (1274 Masihi), yang kemudian diteruskan oleh Ibnu al-Syatir (1375 Masihi) di Damsyik.

Ibnu al-Haitham (1039 Masihi), mempelopori kajian mengenai optikal (cermin mata), eksperimennya menggunakan lebih daripada 27 jenis lensa. Roger Bacon, Leonardo da Vinci dan Kepler, juga Newton mengambil inspirasi dan menceduk daripada buku Kitab al-Manzir (Kamus Optik). Sesungguhnya hal ini sudah dirumuskan dengan baik dan dipelopori oleh Ibnu al-Haitham melalui eksperimennya.

Dalam bidang ilmu kedoktoran, dunia mesti berterima kasih pada Ibnu Sina, bangsa Barat menyebutnya Ave Sena yang menulis Kitab Qanun fi al-Tibb, menerangkan pelbagai jenis penyakit dan cara mengubatinya secara komprehensif. Buku itu menjadi acuan selama beberapa abad kemudian dan diajarkan kepada seluruh calon doktor Barat pada waktu itu.

Hingga akhir abad ke-19 ilmu kedoktoran mencapai tingkatan tertinggi yang disumbangkan oleh doktor Muslim dan diguna pakai oleh calon doktor Perancis. Calon doktor di Perancis mesti mendapatkan surat keizinan praktikal dari Ketua Doktor Muslim di Tunisia.

Tetapi, pemerintah kolonial Perancis melarang keras tindakan itu. Eropah berusaha menghapuskannya dengan alasan menganggapnya rendah kerana doktor mereka mesti praktikal di Tunisia di bawah pemerintahan Islam.

Kebaikan khazanah ilmuwan Islam itu dicuri, diceduk dan diakui sebagai hasil karya Barat. Hasil karya ilmuwan Islam itu sedikit demi sedikit dihapuskan penguasa dan pemerintah Barat. Mereka tidak menghargai perjuangan dan pengorbanan umat Islam.

Garauday berkata, selama 13 abad, Barat menolak warisan peninggalan Islam dan berusaha mempertemukan dengan kebudayaan lainnya di seluruh dunia.

Beliau seterusnya menegaskan, jika Barat bersikap baik dan merendah diri, mereka akan menjadi bangsa yang bermartabat. Selain itu, warisan Islam akan membantunya untuk merasakan dimensi kemanusiaan dan ketuhanan yang dipisahkan sekian lama oleh kebudayaan Barat.

Bila Barat mahu menerima Islam, maka Barat tidaklah bersikap seperti sekarang dengan sifat sekularisme, liberal dan ego, serta melupakan warisan khazanah peninggalan peradaban Islam yang sangat tinggi nilai dan tamadunnya pada sepanjang zaman.

INFOAntara tokoh dan sumbangan ilmuwan Islam

# Karya ensiklopedia pertama adalah hasil karya Ikhwan al-Shafa tahun 983 Masihi.

# Metod ilmiah adalah sumbangan peradaban Islam pada pengembangan ilmu pengetahuan di dunia Barat. Dalam laporan makmal, ada nama seperti al-Battani (929 Masihi), al-Biruni (1048 Masihi), dan Ibnu Haitham (1039 Masihi).

# Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi (850 Masihi) menemukan ilmu algebra dari judul bukunya al-Jabr wa al-Muqabbala.

# Dalam bidang kesusasteraan, misalnya novel Alf Laila wa Lailah (kisah seribu satu malam), sebenarnya bukan karya sastera meskipun diakui sebagai karya seni dengan isinya cukup bernilai bersama tokohnya Abu Nawas (810 Masihi).

# Begitu juga Ibnu Tufail (1185 Masihi), adalah seorang pengarang novel filsafat yang paling tersohor hingga kini.

# Contoh orbit planet, Copernicus yang kemudian dirumuskan dengan baik oleh Kepler dalam hukum Kepler 1, 2, dan 3 sebenarnya sudah dihasilkan di Maraga Sepanyol oleh ilmuwan Islam al-Tusi (1274 Masihi), yang kemudian diteruskan oleh Ibnu al-Syatir (1375 Masihi) di Damsyik.

# Ibnu al-Haitham (1039 Masihi), mempelopori kajian mengenai optikal (cermin mata), eksperimennya menggunakan lebih daripada 27 jenis lensa.

# Dalam bidang ilmu kedoktoran, dunia mesti berterima kasih pada Ibnu Sina, bangsa Barat menyebutnya Ave Sena yang menulis Kitab Qanun fi al-Tibb, menerangkan pelbagai jenis penyakit dan cara mengubatinya secara komprehensif.

Friday, December 12, 2008

ilmu yang diwarisi oleh ulama dari para nabi







Para ulamak adalah mereka yang mewarisi pengajaran-pengajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.Pusaka peninggalan baginda SAW terdapat di dalam Al-kitab dan As-sunnah .Sabda Rasulullah SAW:

عن كشىر بن عبد الله عن ابىه عن جده رضى الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله علىه وسلم :تركت فىكم امرىن لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبىه

Ertinya :

"Dari kathir bin abdullah dari bapanya dari datuknya ra katanya :"Rasulullah SAW bersabda:"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi mana kamu berpegang teguh dengan keduanya ,kitab Allah dan sunnah Rasulnya



Dalam hadith ini Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara yang diwarisikan kepada kaum muslimin, iaitu Kitab allah dan Sunnah Rasulnya. Dua perkara inilah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW agar disampaikan kepada manusia, selain dari kedua ini, tidak boleh dijadikan landasan hukum agama.


Oleh kerana ulama adalah pewaris para nabi maka perkara yang diwariskan oleh mereka ialah Kitab allah dan sunnah rasul iaitu ajaran-ajaran yang terdapat di dalam keduanya.Jelasnya,para ulama adalah pewaris sah dari Rasulullah SAW berupa Al-quran dan sunnah rasul.


Walaupun para ulama hanya mewarisi Kitab Allah dan Rasulnya ,tidak mewarisi sebarang harta maupun wang dinar, namun keduanya adalah sumber kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.Jika segala isi langit dan bumi hendak ditukar ganti dengan Al-quran dan Al-hadith,ulama yang benar-benar bertaqwa akan memilih Al-quran dan Hadith ini lebih dari segala-galanya. Hidup dan mati mereka kerana mempertahankan ajaran-ajaran yang terdapat didalam Al-quran dan As-sunnah .Mereka tidak punyai harta tetapi mereka bangga mempunyai Al-quran dan As-sunnah sumber petunjuk kepada manusia .mereka kelihatan susah pada zahirnya,tetapi senang pada batin. Mereka redha dengan qada' dan qadar Allah ke atas hamba-hambanya.

Friday, November 21, 2008

Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Lelaki Soleh..

Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

1. Mencari nafkah (belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.

Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga:
Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.